Dukacita dimaklumkan pemergian arwah pada Selasa 17.11.2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430H amat dirasai seluruh keluarga Kiah...al-Fatihah
Detik-detik akhir arwah berkunjung ke rumah kami semasa kenduri Bertunang anak sulong abang pada 31 okt. 2009...arwah kelihatan sangat peramah dan gembira semasa berbual di kalangan tetamu..selama ini arwah terkenal dengan sikap pendiam dan kurang makan nye..tetapi ari tu sikap arwah sangat berubah...ceria, berseri2 selalu tersenyum..subhanallah !
Sikap arwah ternyata amat berlainan...hampir smua orang disalamnya, direnung bagai tiada hari esok dan diminta halalkn segala hutang piutang yang lepas2..masya'allah !
Masih terasa pelukan arwah semasa bersalam dengan beliau...telinga ini masih terdengar bisikan terakhir arwah "inila anak angkat mak andak...."
Belum cukup rasanya pengorbanan utk arwah diberikan...terkilan yg amat sangat !
Inilah dikatakan kebesaran Allah Taala yang tiada tandingan...diberi kesempatan utk kita bermaafan, bertemu dengan seluruh ahli keluarga..
Pemergian arwah direstui...moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beramal soleh sepertimana hidupnya...tiada sikap yang tidak baik arwah dikenang hanyala yang baik2 belaka menjadi petunjuk kami semua..arwah la manusia yang sangat sabar semasa hidup nya..amin
al-Fatihah