WELCOME TO MY BLOG... "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji" - La Roche - "Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan". FROM SAKURA'08
SEX AND THE CITY
LipStick Jungle Vs Cashmere Mafia
Jumaat, 31 Disember 2010
CORETAN 2010
good bye 2010..welcome 2011 !!
itulah perkataan yg selalu dikatakan bila menjelang tahun baru...tarikh tidak akan berundur, masa terus berlalu pergi meninggalkan kenangan dan menjadi sejarah bagi mereka yang mengingatinya...tidak semua kenangan itu harus dikenang tapi akan menjadi pengalaman atau pengajaran untuk menempuh di masa akan datang.
tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan manis bagi Keluarga Kiah berbanding dengan tahun-tahun lepas. Bermula dengan perkahwinan anak sulung abang dan dua orang anak kakak ngah menyusuli. Kelahiran puteri ketiga adik penutupan pertambahan ahli keluarga Kiah bagi tahun 2010.
begitu juga dengan aku, tahun 2010 merupakan tahun yang paling stabil drp tahun sebelumnya. Tahun ini aku menjalani kehidupan yang paling tenang tanpa dibayangi kenangan silam. Mungkin aku telah melupakan kejadian yang lepas atau aku tidak mahu mengingatinya terus..insyallah aku inginkan kehidupan yang lebih normal di masa akan datang.
aku tidak pernah berazam apabila menjelang tahun baru tetapi cuma menyimpan harapan agar menjadi lebih baik drp tahun lepas baik dr segi kehidupan, ekonomi dan personaliti...aku bukanla yg terbaik utk org lain tetapi akan menjadi insan terbaik utk diriku sendiri :)
"...nothing is impossible become a great woman !!! -Happy New Year 2011-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan