SEX AND THE CITY

SEX AND THE CITY
The four women discuss their sexual desires and fantasies, and their trials in life and love. "Sex and the City" is an excellent depiction of how hegemonic femininity looks, how it think and what it does..

LipStick Jungle Vs Cashmere Mafia

LipStick Jungle Vs Cashmere Mafia
" Promise yourself to be strong that nothing can be disturb your peace of mind. Look at the sunny side everything and make your optimism come true. Think only of the best, work only for the best, and expect only the best. Forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future. Give so much time to the improvement of yourself that your have no time to criticize others. Live in the faith that whole world is on your side so long as you are true to the best that is in YOU !!!.."

Jumaat, 9 April 2010

Wajarkah Kita Berpolitik ?


Siapakah gambar yang dipaparkan disebelah ini ? Beliau adalah Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE). Beliau juga merupakan ahli Parlimen Bahagian Betong Sarawak.
Saya mula berkhidmat di Pejabat Am Menteri NRE pada Sept. 2008 dibawah SUSK Mr. Ravi..Ini bermakna saya telah berkhidmat dibawah beliau hampir 2 tahun. Saya mula berkhidmat sebagai Penjawat Awam pada tahun Sept. 2003. Sebelum ini saya berkhidmat di Bahagian Pengurusan Maklumat selama 5 tahun.
Penerangan di atas mungkin dapat membantu pertanyaan yang saya terima melalui emel beberapa hari yang lepas !!
Berbalik pada persoalan tajuk saya pada kali ini, Wajarkah kita berpolitik ?

Pada pagi Khamis (8/4/10) jam 8.45 am saya telah menerima panggilan daripada rakan ditempat kerja lama sebuah Sykt Insurans di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Panggilan itu memberi khabar tidak baik bahawa di Jabatan Perdana Menteri mempunyai warganegara Israel yang ditempatkan secara rahsia oleh PM kita. Warga Israel itu ditugaskan sebagai penasihat kepada PM kita. Perkataan 1Malaysia merupakan konsep yang diambil dari negara Israel dan kemungkinan dalam beberapa tahun negara kita akan digondoli oleh pemimpin Israel...begitula khabar berita yang saya terima.
Berbangkit perkara di atas, wajarkah kita mempercayai propaganda sedemikian? Dimanakah letaknya pertimbangan akal fikiran untuk menilai propaganda negatif. Berdasarkan sejarah saya bekerja selama 8 tahun di syarikat berkenaan, pernah menyertai reformasi PKR kononnya ingin menegakkan kebenaran, pengaruh rakan-rakan PKR adalah pakatan kerajaan baru adalah tidak benar. Banyak risalah PKR yang kami edarkan, perhimpunan demi perhimpunan semua itu adalah karut ! Apa yang terbukti adalah perpecahan dikalangan bangsa, pendapat dan diskriminasi terhasil. Bila diteliti setiap memorandum PKR tidak masuk akal sama sekali !
Keputusan saya beralih arah adalah tepat sama sekali. Berkhidmat dengan Kerajaan membuktikan saya adalah warganegara Malaysia berjiwa patriotik. Walaupun saya agak terlewat dari segi umur semasa memohon Penjawat Awam namun keputusan Bahasa Melayu cemerlang dalam SPM&STPM dan kemahiran memudahkan penjalanan memasuki Perkhidmatan Awam.
Kesinambungan perkara ini, politik mulut tanpa bukti kukuh harus dielakkan sama sekali. Banyakkan membaca isu-isu kesemua pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Gunakan fikiran waras kita untuk menilai bukan mengikut pengaruh rakan-rakan. Mengundi itu adalah sangat penting sebagai warganegara walaupun satu undian tapi keputusannya akan mengubahkan negara kita.
Sekian.




Tiada ulasan: